awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan banduan terima rawatan lari dari Hospital Sungai Buloh

Bernama
Bernama
18/09/2024
15:15 MYT
Polis sahkan banduan terima rawatan lari dari Hospital Sungai Buloh
Polis hari ini mengesahkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh melarikan diri pada 3.56 petang tadi. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh melarikan diri pada 3.56 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerima maklumat melalui talian MERS 999 daripada pihak hospital yang memaklumkan seorang banduan tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri.
Beliau berkata banduan itu dikenali sebagai A. Kalai Kumar, 27, serta memiliki lapan rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik.
"Polis kini giat menjalankan usaha menjejaki dan menangkap banduan itu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hafiz turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai banduan itu supaya melaporkannya dengan segera kepada IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#banduan terima rawatan
#lari dari Hospital Sungai Buloh
#banduan Penjara Sungai Buloh
#A Kalai Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan