JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan punca kematian bayi berusia setahun enam bulan, Muhammad Uwais Mohd Khairul, di Pasir Gudang semalam adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut mengesahkan bahawa bayi malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian.
"Setakat ini, seorang jiran telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah kesihatan mental.
Suspek yang berusia 32 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman hingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi di sini.
Insiden pada 1.30 tengah hari itu menyaksikan suspek menghantar gambar bayi yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp sejurus selepas mengelar kanak-kanak tersebut.
Mohd Sohaimi berkata sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jenazah bayi malang itu dituntut oleh bapanya sejurus selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan HSI pada kira-kira 3.30 petang tadi.
Jenazah dijangka dikebumikan di Felda Redong, Segamat hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
Mohd Sohaimi turut mengesahkan bahawa bayi malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian. - Gambar fail/Bernama
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Tempoh reman remaja, teman lelaki disyaki bunuh abang disambung enam hari
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh di Mahkamah Majistret Taiping, di sini, hari ini.