awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan remaja perempuan hilang di Shah Alam

Bernama
Bernama
03/06/2021
09:48 MYT
Polis sahkan remaja perempuan hilang di Shah Alam
Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang.
SHAH ALAM: Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Seksyen 7 di sini, yang ditularkan menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata laporan kehilangan Nur Elida Mohd Rushdan,15, dibuat oleh bapa remaja itu Mohd Rushdan Mohamad Yusof, sehari selepas kejadian pada Isnin lepas.
"Nur Elida telah keluar rumah pada 31 Mei 2021 tetapi tidak pulang ke rumah hingga tarikh laporan polis dibuat (1 Jun).
"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menerusi laman Instagram sk8msia yang tular dan menamakan adik Nur Elida sebagai sumber, remaja itu didakwa bermain papan selaju di kawasan taman rekreasi berhampiran rumahnya sebelum disedari hilang.
Adik Nur Elida yang mencarinya di lokasi itu pada kira-kira 10 malam, hanya menemukan sarung tangan dan topi keledar dipercayai milik remaja tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Nur Elida diminta menghubungi Mohd Rushdan di talian 012-5064514.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gadis hilang
#shah alam
#media sosial
#Nur Elida Mohd Rushda
#orang hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan