KUALA LUMPUR: Polis sudah menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dirogol oleh salah seorang daripada dua kenalan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sebuah hotel di Sri Hartamas pada Disember lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan perkara tersebut.
"Betul (sudah terima laporan), kes masih dalam siasatan," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Menurut laporan polis itu, mangsa berusia 33 tahun mendakwa ADUN terbabit menjemputnya untuk meraikan ulang tahun kelahirannya pada 4 Disember lalu bersama dengan kenalan rapatnya dan dua rakan wanita.
Selepas makan malam, wanita itu mendakwa mereka semua pergi berkaraoke dan turut meminum minuman beralkohol serta mabuk.
Seorang rakan mangsa pula mendakwa seorang lelaki lain menyertai mereka di bilik karaoke berkenaan.
Mangsa mengatakan bahawa dia mempunyai ingatan samar berhubung apa yang berlaku setelah berkaraoke, namun mendakwa ADUN berkenaan menolongnya untuk berjalan kerana dirinya lemah dan hampir pengsan.
Ingatan terakhirnya sebelum tidak sedarkan diri ialah wajah kenalan ADUN itu di atasnya.
Menurut laporan polis itu, wanita berkenaan bangun pada jam 4.15 pagi pada 5 Disember lalu di bilik hotel seorang diri dan mendapati dirinya tidak memakai pakaian dan merasakan seseorang telah menyentuhnya.
Dia kemudian menemui kondom di bilik mandi, bagaimanapun tidak pasti yang mana antara dua rakan ADUN itu merogolnya.
Wanita itu memaklumkan bahawa dia telah membawa barang yang dijumpai dari hotel berkenaan sebagai bukti untuk kesnya itu.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN
Sinar Harian
Sat May 08 2021
Polis sudah menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa dirogol oleh salah seorang daripada dua kenalan seorang ADUN di sebuah hotel di Sri Hartamas pada Disember lalu. -Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dakwaan rogol, Lubnan panggil balik dutanya ke Perancis
Menurut Kementerian Luar Lubnan, Rami Adwan akan ke Beirut selepas satu pasukan dihantar ke Kedutaan Lubnan di Paris untuk menyiasat kes itu.
Polis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN
Polis sahkan terima laporan wanita dakwa dirogol kenalan ADUN
Dakwaan rogol: MB Perak nasihat Paul Yong bercuti hingga perbicaraan selesai
Keputusan itu dibuat susulan dia yang disiasat merogol pembantu rumah warga Indonesia Julai lalu akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada esok (Jumaat).
Dakwaan rogol pembantu rumah: Exco Perak dijangka didakwa di mahkamah esok
Menurut sumber, ketika ini pihak pendakwaan sedang membuat urusan untuk mendaftarkan kes tersebut di mahkamah.
Laporan kimia, perubatan kes libatkan Exco Perak diserah kepada Pengarah Pendakwaan
Polis juga telah menerima laporan kimia dan perubatan bagi kes tersebut yang diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.
Dakwaan rogol: Exco mungkin direhatkan jika siasatan berlanjutan - MB Perak
Salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak disiasat atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia mungkin akan direhatkan daripada tugas pentadbiran sekiranya siasatan polis mengambil masa lama.
Neymar terlepas Copa America, berehat selama empat minggu
Paris Saint-Germain (PSG) menjangkakan Neymar akan pulih dalam tempoh empat minggu setelah pemain Brazil itu mengalami kecederaan buku lali ketika tugasan antarabangsa.