NATIONAL
Polis sahkan tiada operasi di Putrajaya, hari Pamela Ling hilang

Rusdi (tengah) berkata, berdasarkan keterangan pemandu e-hailing yang membawa mangsa, suspek yang terlibat dalam insiden itu didakwa memakai vest dan salah seorang wanita dipercayai memakai pakaian seragam polis. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada sebarang operasi melibatkan mana-mana pasukan penguat kuasa dijalankan di sekitar Putrajaya pada hari Datin Seri Pamela Ling Yueh dilaporkan hilang.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Isa, mengesahkan bahawa tiada operasi dijalankan oleh PDRM atau mana-mana agensi penguat kuasa di Putrajaya pada hari Datin Seri Pamela Ling Yueh dilaporkan hilang.
- Berdasarkan keterangan pemandu e-hailing dan rakaman CCTV, suspek dipercayai memakai vest, dengan salah seorang wanita memakai pakaian seragam polis, dipercayai untuk mengelirukan mangsa.
- Polis sedang menyiasat kemungkinan suspek menyamar sebagai anggota polis bagi meyakinkan mangsa dan orang awam bahawa penculikan itu dilakukan oleh pihak berkuasa.
"Kalau kita tengok rakaman CCTV, memang kelihatan dua individu memakai vest polis. Vest ini biasanya digunakan polis dalam operasi tertentu, namun bukan untuk situasi yang memerlukan penyamaran kerana ia akan menjejaskan operasi.
"Dalam kes ini, mereka dipercayai menyamar sebagai anggota polis bagi mengelirukan bagi menyakinkan ia dilakukan anggota polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Pada 9 April, Ling, 42, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pejabat SPRM dengan menaiki kereta perkhidmatan e-panggilan, untuk memberi keterangan berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan dan polis menerima laporan berhubung kehilangannya pada 3.02 petang hari yang sama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami