awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sambung reman suspek rogol, liwat dan bunuh kerani enam hari lagi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/09/2021
05:25 MYT
Polis sambung reman suspek rogol, liwat dan bunuh kerani enam hari lagi
Tahanan reman ke atas suspen disambung enam hari lagi bagi membolehkan polis melengkapkan kertas sisatan. - Gambar Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes merogol,meliwat dan membunuh kerani wanita di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal, Pulau Pinang minggu lepas disambung reman enam hari lagi hingga 9 September ini.
Perintah reman sehingga Khamis depan itu dikeluarkan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.
Terdahulu suspek berusia 29 tahun yang memakai baju lokap berwarna ungu hadir ke mahkamah sambil diiringi pegawai polis kira-kira jam 9.45 pagi.
BACA: Mayat mangsa rogol, liwat disembunyi bawah katil
BACA: Polis bawa suspek kes rogol, bunuh dan liwat kerani ke lokasi kejadian
BACA: Suspek rogol, bunuh dan liwat kerani direman seminggu - Polis
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern ketika dihubungi berkata, tempoh tahanan reman selama tujuh hari suspek berakhir hari ini.
Bagaimanapun, tahanan reman itu disambung selama enam hari lagi bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Dalam kejadian pada 29 Ogos lepas, seorang kerani wanita berusia 40 tahun dipercayai dirogol dan diliwat dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di bawah katil didalam bilik dalam keadaan tidak berbaju di rumahnya di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal.
Mangsa dilaporkan maut selepas mulutnya disumbat dengan seluar dalam dan ditekup ketika mangsa meronta selepas suspek memecah masuk rumahnya pada pukul 2 pagi.
Suspek ditahan pada hari sama direman selama tujuh hari sehingga hari ini bagi siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#kes rogol kerani
#Nibong Tebal
#disembunyikan di bawah katil
#membunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan