awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman penyakit semakin serius, ubat semakin kurang di Gaza - Pihak kesihatan
KWSP umum penambahbaikan dasar, produk berkuat kuasa esok
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sedang kesan kenderaan lawan arus di Lebuhraya MEX

Fareez Azman
Fareez Azman
04/09/2021
11:11 MYT
Polis sedang kesan kenderaan lawan arus di Lebuhraya MEX
Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna kelabu dipandu melawan arus di Lebuhraya MEX menghala ke Kuala Lumpur pada pagi Sabtu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam kru Astro AWANI pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan terbabit telah melawan arus bermula dari kawasan Rehat dan Rawat Seri Kembangan.
"Hasil semakan CCTV di Plaza Tol Mex Seri Kembangan mendapati suspek telah memandu berlawanan arus bermula dari kawasan R&R Seri Kembangan di mana suspek didapati keluar dari R&R tersebut.
"Semakan di Plaza Tol Putrajaya dan R&R Seri Kembangan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan ringkas pada Sabtu.
BACA: Kenderaan dipandu melawan arus berjaya dirakam kru Astro AWANI di Lebuhraya MEX
Ujarnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu selepas rakaman video kenderaan terbabit tular di laman media sosial.
Kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, kru Astro AWANI dalam perjalanan dari Banting ke Kuala Lumpur sempat merakam detik kenderaan jenis Perodua Myvi itu melawan arus.
Video berdurasi 19 saat itu dirakam jurukamera Astro AWANI, R Sujenthiran kira-kira jam 11.10 pagi.
Topic Berkaitan
#kenderaan lawan arus
#Lebuhraya MEX
#kru Astro AWANI
#CCTV
#Seri Kembangan
#Perodua Myvi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan