SHAH ALAM: Polis Selangor hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa wujudnya layanan istimewa terhadap mana-mana tahanan termasuk melibatkan pegawai polis seperti yang ditularkan menerusi aplikasi Telegram, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, menegaskan bahawa tidak ada arahan atau kebenaran untuk memberikan layanan istimewa pada mana-mana tahanan seperti yang didakwa.
Katanya, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan perkara tersebut dipatuhi.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah memberi apa-apa layanan istimewa kepada mana-mana tahanan di dalam lokap dan tidak akan berkompromi terhadap salah laku mana-mana pihak termasuklah pegawai atau anggotanya sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Arjunaidi berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati gambar yang ditularkan itu diambil oleh seorang anggota polis yang merakamkan dari sudut menampakan kipas dihalakan ke sel yang dihuni oleh pegawai polis tersebut.
Namun jelasnya, kipas berkenaan dibekalkan untuk kegunaan anggota bertugas di ruang bersebelahan sel tersebut.
"Susulan itu, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berumur 28 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, menegaskan bahawa tidak ada arahan atau kebenaran untuk memberikan layanan istimewa pada mana-mana tahanan seperti yang didakwa. - Gambar fail/BERNAMA
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Polis tahan 84 pembangun aplikasi judi dalam talian
Polis menahan 84 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai berperanan membangunkan aplikasi judi dalam talian untuk pasaran luar negara.
Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.
11 pengawal keselamatan bank ditahan simpan senjata api di rumah
Polis menahan 11 pengawal keselamatan bank di sekitar Sabak Bernam dan Kuala Selangor pada 6 dan 7 Feb lepas kerana melanggar syarat lesen iaitu menyimpan senjata api di rumah.
Miliki wang tunai lebih RM3,000 ketika SJR: 10 polis trafik ditukar ke pentadbiran
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.
Seramai 311 pegawai, anggota polis di Selangor disiasat tahun lepas
Polis Selangor membuka kertas siasatan berkaitan kes tatatertib dan jenayah terhadap seramai 311 pegawai dan anggota sepanjang tahun lepas.
Polis keluar hampir 700 saman terhadap pelajar 2 sekolah di Petaling Jaya
Sebanyak 689 saman kesalahan lalu lintas membabitkan pelajar dua sekolah di Petaling Jaya direkodkan sejak Januari lepas.
Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.
Polis rampas dadah bernilai RM12.8 juta, 14 individu ditahan
Polis menumpaskan dua sindiket memproses dadah dan lima kumpulan dipercayai mengedar dadah, hasil tujuh serbuan berasingan yang dijalankan pada 8 hingga 17 Sept lepas di sekitar Lembah Klang.
Selangor catat peningkatan kes keganasan rumah tangga sejak 2017
Selangor menjadi negeri tertinggi di Malaysia yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga dengan peningkatan jumlah kes terbabit dilaporkan bermula sejak 2017.
Tiga beranak ditemukan mati di kediaman mereka di Ampang
Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang.