awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Selangor terima 393 laporan berkaitan PRU15 sejak 5 Nov hingga semalam

Bernama
Bernama
20/11/2022
03:39 MYT
Polis Selangor terima 393 laporan berkaitan PRU15 sejak 5 Nov hingga semalam
Arjunaidi (tengah) menunjukkan jarinya selepas menjalankan tanggungjawab mengundi awal sempena PRU15 di Dewan Utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, 15 Nov. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Polis Selangor menerima 393 laporan yang berkaitan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sejak kempen pilihan raya itu bermula pada hari penamaan calon 5 Nov lepas, hingga semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata berdasarkan jumlah itu, pihaknya telah membuka 82 kertas siasatan dan menahan tujuh individu.
Selain itu, beliau turut memaklumkan terdapat satu kes kematian mengejut melibatkan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berumur 45 tahun yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS, Jalan Raya Barat Klang, semalam.
"Punca kematian adalah disebabkan positif COVID-19 dan semua anggota polis yang bertugas bersama petugas itu telah diarah menjalani kuarantin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Merujuk kepada perjalanan proses pengundian PRU15 semalam pula, Arjunaidi berkata secara keseluruhannya proses di seluruh Selangor berjalan dengan lancar tanpa sebarang isu sensitif atau insiden yang tidak diingini.
"Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakyat Selangor kerana berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi secara matang," katanya, dan menambah petugas polis tetap diletakkan dalam keadaan siap siaga sepanjang masa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#arjunaidi mohamed
#laporan polis
#PRU15
#kematian mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan