awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu

Bernama
Bernama
04/05/2025
10:30 MYT
Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu
Sebanyak 38 individu berusia 22 hingga 48 tahun ditahan dalam Op Mega Noda yang dijalankan polis di 10 premis hiburan tanpa lesen di sekitar ibu negara semalam. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 individu berusia 22 hingga 48 tahun ditahan dalam Op Mega Noda yang dijalankan polis di 10 premis hiburan tanpa lesen di sekitar ibu negara semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula 12 tengah malam itu terdiri daripada tujuh warga tempatan manakala bakinya warga Bangladesh, Uganda, Vietnam, Kemboja, Indonesia, Kenya dan India.
"Siasatan awal mendapati kesemua yang ditahan membabitkan penjaga kaunter, pekerja warga asing, pelayan khidmat pelanggan (GRO) dan pelacur serta hasil operasi turut merampas peralatan pusat hiburan, kamera litar tertutup (CCTV) dan wang tunai RM2,892," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selain tiada lesen hiburan sah, pemeriksaan mendapati kesemua premis terbabit tidak memiliki lesen minuman keras dan menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah.
Difahamkan, polis turut mengesan kegiatan pelacuran di premis di Jalan Changkat dan Jalan Nagasari di sini membabitkan warga Uganda, Kemboja dan Kenya dengan bayaran RM180 hingga RM200 menerusi operasi terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 372B dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Mega Noda
#pusat hiburan
#Polis Kuala Lumpur
#polis tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan