JOHOR BAHRU: Seramai 109 individu termasuk pengunjung dan pengurus sebuah pusat hiburan ditahan dalam serbuan di Muar pada Sabtu malam, dengan semua mereka dikompaun sebanyak RM1.13 juta.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pengunjung pusat hiburan berkenaan dikompaun RM10,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.
"Pengurus pusat hiburan terbabit dikompaun RM50,000 mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan Seksyen 29 Kanun Keseksaan.
"Kompaun keseluruhan membabitkan semua mereka terdiri daripada 81 lelaki dan 28 wanita tempatan berusia 17 hingga 52 tahun itu adalah berjumlah RM1.13 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Ia adalah jumlah kompaun terbesar di seluruh negara setakat ini, sejak Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 berkuat kuasa pada Khamis, katanya.
Beliau berkata, premis yang tidak mempunyai lesen berkenaan sudah dua kali diserbu sebelum ini iaitu pada 26 Februari dan 10 Mac lalu.
"Inilah pertama kali saman (kompaun) RM10,000 di dikeluarkan. Walaupun mungkin mereka boleh membuat rayuan kepada pegawai kesihatan kelak... kalau dia ada timbang rasa bergantung kepada kesalahan.
"Tapi kesalahan ini melibatkan pusat hiburan... kesalahan yang serius. Pusat hiburan ini sudah tiga kali kena serbu... bayangkan betapa keras kepala (pemilik pusat hiburan) ini.
"Kita tidak akan tolak ansur. Kalau kesalahan lain mungkin boleh tolak ansur, seperti keluar makan. Tapi ini pusat hiburan yang sebenarnya tidak boleh beroperasi, tiada lesen, tiga kali diserbu polis.
"Kalau saya jadi pegawai kesihatan memang saya tidak akan bertolak ansur," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Sun Mar 14 2021
Ayob berkata, premis yang tidak mempunyai lesen berkenaan sudah dua kali diserbu sebelum ini iaitu pada 26 Februari dan 10 Mac lalu. - Ihsan PDRM
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Mahkamah Tinggi dengar kes saman berhubung Ordinan Darurat pada 3 Okt
Peguam New Sin Yew, yang mewakili Bersih dan tujuh pihak selaku plaintif ketika dihubungi berkata kes saman itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Dewan Negara lulus usul ungkai Ordinan Darurat
Persidangan Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi mengungkai tujuh ordinan darurat.
Ordinan Darurat terungkai sepenuhnya selepas dilulus di Dewan Rakyat, Dewan Negara
Usul diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin selepas dibentang dan dibahas serta mendapat undian suara terbanyak.
Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon berkata lebih suara dalam dewan bersetuju agar usul tersebut diluluskan,
PRN Sarawak: 'Tunggu perintah darurat ditarik balik' - Abang Jo
Sarawak hanya menunggu Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 ditarik balik sebelum membuat sebarang pengumuman mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
16 individu leka berjudi ditahan, dikompaun di Port Dickson
Polis menahan 16 individu termasuk dua warga emas yang leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Lukut, Port Dickson dekat sini semalam.
Tiada keperluan adakan PRK DUN Melor
Keputusan itu diambil selepas berakhirnya Proklamasi Darurat 2021 dan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Dihalang masuk Parlimen, Majlis Presiden PH minta semua Ahli Parlimen buat laporan polis
PH berasa amat kesal dengan tindakan mengarah serta memperalat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menghalang Ahli Parlimen dari memasuki Parlimen.
Krisis Perlembagaan atau kemaruk kuasa?
Mana hala tuju politk di negara ini. Ini perincian dan pendapat Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Hj Dullah.
Ungkai Ordinan Darurat September depan, selesai polemik secara harmoni, berperlembagaan - PM
Jemaah Menteri akan membincangkan berkenaan usul untuk membahas dan mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat esok sebelum ia dibawa pada sidang Parlimen, September depan.