awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Asas ekonomi kukuh lonjak prestasi ringgit ke tahap paling cemerlang, bukan kadar Fed AS - Penganalisis
Selangor, Terengganu sah ke separuh akhir Piala Malaysia
AS, Greenland & Denmark adakan perbincangan pertama selepas Trump ubah pendirian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat Adun cabul ahli parti

Hakim Rahman
Hakim Rahman
23/03/2021
04:55 MYT
Polis siasat Adun cabul ahli parti
Abd Khalid (gambar) berkata wanita itu dalam laporan polis mengatakan ahli politik itu mengajaknya untuk berjumpa bagi membincangkan isu politik, memandangkan pengadu juga ahli parti. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari sebuah negeri di utara Semenanjung atas dakwaan mencabul seorang pembantu kedai yang juga ahli partinya dua minggu lalu.
Ahli politik pembangkang itu didakwa telah bertindak tidak sopan ketika mereka keluar membeli-belah di sebuah kompleks beli-belah di Subang dan wanita terbabit telah membuat laporan polis pada 16 Mac lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Abd Khalid Othman, wanita itu dalam laporan polis mengatakan ahli politik itu mengajaknya untuk berjumpa bagi membincangkan isu politik, memandangkan pengadu juga ahli parti.
"Wanita berusia 31 tahun itu mengatakan bahawa semasa sedang berjalan-jalan pada 8 Mac sekitar 8.40 malam, suspek didakwa secara tiba-tiba cuba memegang tangan pengadu tetapi telah ditepis oleh pengadu.
"Kemudian semasa pengadu berada di dalam kereta suspek untuk pergi makan, suspek bertindak meraba, menarik bahu pengadu dan memegang tangan pengadu tetapi telah ditolak oleh pengadu.
"Walaupun suspek tahu pengadu tidak senang dengan situasi itu, suspek tetap melakukannya. Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu," kata Khalid.
Tambah Khalid, susulan laporan yang diterima, polis telah memanggil Adun berkenaan untuk membantu siasatan.
BACA: Bekas ADUN Air Putih nafi cabul isteri orang, dakwa rakan berhutang RM200,000
Dakwaan | Polis siasat ADUN pembangkang cabul ahli parti
Adun tersebut kemudiannya telah datang untuk memberikan kenyataan kepada polis pada 18 Mac.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman tersebut.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Subang Jaya
#wanita
#pembangkang
#cabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan