awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan Exco Kedah langgar SOP

Bernama
Bernama
11/08/2021
20:52 MYT
Polis siasat dakwaan Exco Kedah langgar SOP
AHMAD SHUKRI: Gambar telah tular di media sosial, mengundang pelbagai persepsi dan komen negatif oleh warganet. - Gambar fail BERNAMA
ALOR SETAR: Polis membuka kertas siasatan berhubung seorang exco kerajaan negeri Kedah yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dekat sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian yang turut melibatkan beberapa individu lain itu, selepas gambar mereka tular di laman sosial pada Selasa.
"Gambar itu telah tular di media sosial yang mengundang pelbagai persepsi dan komen negatif oleh warganet," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Sehubungan itu katanya satu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan polis meminta mana-mana individu yang dapat membantu siasatan atau mempunyai maklumat mengenai perkara itu agar menghubungi pegawai penyiasat kes di talian 017-4218685.
Pada Selasa, sekeping gambar yang memaparkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersama beberapa individu lain yang sedang minum teh dan makan roti jala semeja, tular di laman Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Exco
#Facebook
#laman sosial
#SOP
#penyakit berjangkit
#Ahmad Shukri Mat Akhir
#Polis Kota Setar
#polis
#Kota Setar
#exco kerajaan negeri
#Kedah
#langgar SOP
#siasatan
#roti jala
#Tular
#komen negatif
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan