awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan portal berita ditaja dana asing - KPN

Israr Khalid
Israr Khalid
03/11/2016
03:45 MYT
Polis siasat dakwaan portal berita ditaja dana asing - KPN
Pasukan khas pasukan itu terdiri daripada lima anggota polis yang akan mengumpul maklumat dan menyiasat perkara tersebut. - Gambar fail
Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penglibatan jutawan antarabangsa, George Soros dalam gerakan Bersih, Merdeka Centre dan portal berita Malaysiakini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, pasukan itu akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Ahmad.
Khalid memaklumkan, ketika ini pasukan itu sudah memulakan kajian terhadap pelbagai sumber yang mengatakan wujud dana daripada luar membiayai mana-mana gerakan dalam negara.
Pihaknya juga katanya sudah mengecam beberapa individu yang berkaitan.
“Bila kita dah siap kaji maklumat-maklumat open source ini, kita akan mula panggil saksi dan kita akan panggil dalam masa terdekat, tunggulah,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan program ‘Strategising Measures To Combat Serious Crime’ pada Khamis.
Pasukan khas itu ditubuhkan susulan gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya kes ini disiasat secara empirikal dan terperinci.
Ia juga susulan dakwaan wujud dokumen yang dikatakan daripada jaringan penaja bantuan antarabangsa, Open Society Foundation(OSF) menunjukkan pengasasnya, Soros mempunyai kepentingan peribadi dalam pilihan raya Malaysia.
Topic Berkaitan
#George Soros
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#portal berita
#Siasatan Jenayah Bukit Aman
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan