awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson

Bernama
Bernama
20/06/2024
03:00 MYT
Polis siasat dakwaan suami pukul isteri di Port Dickson
Polis Daerah Port Dickson menerima laporan kejadian daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
PORT DICKSON: Polis membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan kejadian seorang suami memukul isterinya di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
"Tular satu video berdurasi 31 saat menerusi satu akaun Facebook memaparkan seorang lelaki telah memukul seorang wanita (mangsa) di sebuah bangunan hotel, iaitu melibatkan pasangan suami isteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri berusia 37 dan 38 tahun itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang,
"Akibat pergaduhan itu, mangsa cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan," katanya sambil menasihati orang awam supaya tidak menularkan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pukul isteri
#Port Dickson
#keganasan rumah tangga
#suami isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan