awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2025
02:50 MYT
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Rusdi berkata selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari sama. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika memberi keterangan kepada polis berkaitan satu perhimpunan yang dijalankan di ibu kota, 19 Disember lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
"Siasatan lanjut berkaitan laporan yang dibuat berkenaan sedang dijalankan oleh pihak polis.
"Semakan mendapati, pengadu sebelum ini hadir di sebuah ibu pejabat polis daerah bagi siasatan kes berkaitan perhimpunan berlangsung pada 19 Disember lalu yang disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, selain daripada pengadu terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari sama.
"Kes ini masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan dijalankan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rusdi Mohd Isa
#gangguan seksual
#IPD
#beri keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan