KUANTAN: Polis akan menyiasat jika individu menaiki helikopter Airbus AS350 B3 yang terhempas di Subang, Selangor semalam mempunyai permit merentas negeri untuk masuk atau keluar dari Pahang, kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Beliau berkata setakat ini, pihaknya menerima maklumat bahawa helikopter dalam penerbangan persendirian itu membawa juruterbang, penolong juruterbang dan tiga penumpang berlepas dari Sungai Lembing, di sini sekitar 8.30 pagi.
"Kami akan siasat jika mereka ada permit atau tidak...kami mahu mengingatkan mana-mana pihak yang ingin masuk ke Pahang untuk mendapatkan permit merentas negeri terlebih dahulu atau bersedia dikenakan kompaun.
"Peringatan ini juga terpakai kepada mereka yang menggunakan laluan udara atau laut," katanya pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
BACA: Helikopter terhempas di Subang, dua cedera
BACA: Helikopter terhempas di Subang dalam penerbangan persendirian dari Pahang - CAAM
Sambutan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, sebuah helikopter Airbus Helicopter AS350 B3 yang dikendalikan Leopad Aviation Sdn Bhd terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.25 pagi.
Kementerian Pengangkutan memaklumkan kejadian menyebabkan dua cedera manakala tiga lagi selamat dan kesemua mereka berada dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 25 2021

Sebuah helikopter Airbus Helicopter AS350 B3 yang dikendalikan Leopad Aviation Sdn Bhd terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada 9.25 pagi semalam. - Gambar/ Bernama

Rakyat boleh mohon terus projek infrastruktur kecil kepada Kementerian Ekonomi - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian.

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.

Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.

Kerajaan disaran bina ekosistem ekonomi lebih baik, pergiat kemasukan pelaburan
Katanya, sektor pembuatan negara kini berada dalam keadaan sukar kerana berdepan produk keluaran China yang lebih kompetitif.

Diana Danielle mohon cerai, Farid Kamil enggan lafaz talak
Permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari dekat sini pagi ini.

RM2.98 juta bagi pembinaan Medan Selera MBSJ SS19
Projek tersebut telah dimulakan sejak 8 Disember lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober depan.

'Menu Rahmah RM4.90 masih menguntungkan peniaga'
Menu Rahmah, iaitu hidangan makanan pada harga RM5 ke bawah mula menjadi inisiatif baharu Kerajaan pada ketika ini dalam usaha menangani isu kos sara hidup rakyat.

Remaja 14 tahun dipercayai hilang sejak Selasa
Susulan laporan polis dibuat bapa remaja tersebut, polis telah mengedarkan semboyan orang hilang kepada seluruh balai polis.

Helah tiga lelaki menyamar polis undang padah
Polis mengesan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki oleh tiga suspek berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

Lelaki ditahan pukul, ugut bunuh ibu
Polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana disyaki memukul dan membuat ugutan bunuh terhadap ibunya yang dipercayai menjalin hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.

Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas
Polis menumpaskan geng curi barangan kosmetik dan pakaian kanak-kanak di pasar raya dengan tertangkapnya lima individu termasuk empat wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.

Kilang di Kampung Melayu Subang terbakar
Sebuah kilang di Kampung Melayu di Subang dilaporkan terbakar pada pukul 7.24 petang Selasa.

"Sampai bila kami nak hadap banjir kilat ini" - Penduduk Taman Setia Warisan
Penduduk di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang, Shah Alam menggesa pihak berwajib agar segera menyelesaikan masalah banjir kilat yang berulang kali melanda perumahan itu.