awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes lelaki rosakkan nombor pendaftaran kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2022
22:15 MYT
Polis siasat kes lelaki rosakkan nombor pendaftaran kereta
Aksi seorang lelaki yang bertindak merosakkan nombor pendaftaran sebuah kereta berjaya dirakam kamera papan pemuka sebelum tular di Facebook pada Ahad. - Video tular
KUALA LUMPUR: Berang dengan sebuah kereta yang didakwa menghalang lalu lintas, seorang lelaki bertindak merosakkan nombor pendaftaran kereta terbabit dalam kejadian di Jalan Kuchai Maju 1 di sini pada Ahad.
Tindakan individu itu bagaimanapun mengundang padah apabila aksinya itu berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum video tersebut menjadi tular di Facebook.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.
"Setakat ini masih belum terdapat sebarang laporan berhubung kejadian, namun siasatan akan dijalankan berhubung kejadian ini.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil memberi keterangan menerusi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Ahad, sebuah video durasai 42 saat dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook memaparkan seorang lelaki bertindak mencabut nombor pendaftaran sebuah kenderaan dipercayai Perodua Viva.
Individu berkenaan turut bertindak mencampak nombor pendaftaran itu di atas jalan raya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nombor pendaftara
#video tular
#Amihizam Abdul Shukor
#kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan