awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes pengutip kotak ditampar di Kulai

Bernama
Bernama
14/07/2022
14:01 MYT
Polis siasat kes pengutip kotak ditampar di Kulai
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian pada 2.18 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 37 tahun itu sedang mengutip kotak. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis sedang menyiasat kes tindakan seorang lelaki menampar dan membaling selipar terhadap seorang pengutip kotak di hadapan sebuah stesen minyak, di Taman Putri dekat Kulai, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian pada 2.18 pagi itu berlaku ketika lelaki berusia 37 tahun itu sedang mengutip kotak.
Mangsa memberitahu semasa berada di tempat kejadian, dia didatangi seorang lelaki tidak dikenalinya yang menunggang motosikal dan memintanya beredar dari kawasan tersebut.
"Lelaki terbabit kemudian bertindak menampar muka mangsa dan membaling selipar serta cuba menendang bagi menghalaunya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tok berkata siasatan polis mendapati mangsa berada di lokasi itu kerana hendak mencari kotak dan dia tidak mengenali serta tidak pernah melihat individu berkenaan sebelum ini.
"Tiada kecederaan serius dialami mangsa, hanya sakit di bahagian badan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.
Beliau meminta saksi kejadian tampil memberikan maklumat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 013-4401 866.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengutip kotak ditampar
#stesen minyak
#baling selipar
#Taman Putri
#Kulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan