awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes tular dera anjing

Sinar Harian
Sinar Harian
25/02/2024
02:30 MYT
Polis siasat kes tular dera anjing
Tangkap layar video tular memaparkan kejadian penderaan seekor anjing.
PASIR GUDANG: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian tular penderaan seekor anjing yang berlaku di taman perumahan Johor Jaya pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, laporan berhubung kejadian dibuat oleh seorang wanita warga tempatan berusia 49 tahun.
"Sebelum itu, video berdurasi 28 saat mempaparkan kejadian seorang individu merotan anjing peliharannnya tular di Facebook pada Sabtu.
"Hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di kawasan Taman Perumahan Johor Jaya kira-kira jam 9.30 malam, Khamis lalu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Sohaimi, kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tiga tahun penjara atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya.
Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan peliharaan dan meningkatkan kesederaan mengenai perlindungan terhadap haiwan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#dera anjing
#Mohd Sohaimi Ishak
#rotan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan