KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan kes seorang pekerja Perbadanan Pengurusan Kondominium OG Height yang menghilangkan diri sejak September 2020 selepas didakwa melarikan wang pengurusan membabitkan nilai melebihi setengah juta ringgit.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan ke dalam akaun syarikat sejak Julai 2016 sehingga September 2020.
"Siasatan masih diteruskan bagi mendapatkan jumlah kerugian yang sebenar dan dokumen lengkap daripada pihak perbadanan pengurusan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Amihizam berkata, pihaknya telah memanggil beberapa saksi berkaitan kes itu bagi membantu siasatan.
"Usaha mengesan suspek juga giat dijalankan. Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya.
Dalam kenyataan Pengerusi Badan Pengurusan Kondominium OG Heights, Alvin Mah pada Selasa memaklumkan wanita berusia 64 tahun itu hilang selepas dia berjumpa doktor pada 25 September 2020.
Laporan polis mengenai kehilangan wanita terbabit sudah dibuat badan pengurusan lima hari kemudian di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields selepas dia gagal dihubungi.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Jan 26 2022
Pihak polis telah memanggil beberapa saksi berkaitan kes itu bagi membantu siasatan.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Polis siasat kes wanita didakwa larikan wang lebih setengah juta
Siasatan awal mendapati wanita itu mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan.