awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat laporan "Apa Lagi Cina Mahu?"

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2013
09:51 MYT
Polis siasat laporan "Apa Lagi Cina Mahu?"
Polis membuka siasatan terhadap laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" selepas menerima satu laporan yang mendakwa laporan berkenaan berunsur hasutan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan. Kes disiasat di bawah Sek 4(1)(c) Akta Hasutan 1948
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) May 7, 2013
Laporan Utusan Malaysia itu antara lain menyebut pengundi Cina yang terperangkap dengan politik perkauman DAP gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh orang Melayu.
Laporan muka depan Utusan Malaysia itu menarik perhatian diTwitter dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada yang bernada serius dan kesal yang meminta isu perkauman dihentikan sehinggalah kepada reaksi nakal yang lucu dan main-main yang menggunakan tagar (hashtag) #ApaLagiCinaMahu dan #ApaCinaMahu.
#ApaLagiCinaMahu - untuk permainan kaum BERHENTI dari dipampang di dada akhbar #MalaysiaSaysNOToRacism
— klubbkidd™ (@klubbkiddkl) May 7, 2013
#ApaLagiCinaMahu If Dato' Lee Chong Wei votes for DAP, will you still say this? Will you still ask him to go back to China? #Think
— Nicholas James Dean (@Nicholholic) May 7, 2013
#apacinamahu We want you to stop saying "Cina balik China,"
— レイ (@rayleongcw) May 7, 2013
#ApaCinaMahu Should Not Be Trending like seriously NO.It's like giving them insults.C'mon Malaysia don't be too freakin RACIST !
— Muizz Qaishah (@muissz) May 7, 2013
Best way to deal with Utusan, make fun of their headline RT @napiez: But of course #apalagicinamau #LOL --> #goodlook apalagicinamahu.tumblr.com
— Pat 1Bro (@patricklsk) May 7, 2013
#ApaLagiCinaMahu I want a flying car so I can avoid peak hour traffic in KL
— Gabey Goh(@gabeygoh) May 7, 2013
#ApaCinaMahu three pieces of gula-gula Hacks. For 10sen. With a free gift
— Aisehman™ (@Aisehman) May 7, 2013
#ApaCinaMahu semua pasar malam macam pasar malam Taman Connaught. Panjang dan buka sampai lewat malam.
— Reiko Ong (@reiko67) May 7, 2013
#apacinamahu itu nasi lemak sambal banyak sikit makcik.ya, saya makan pedas. ya saya cina. ya bahasa melayu saya bagus makcik. ya.
— Tuan 46.5% Bong Gor (@bongkersz) May 7, 2013
I am actually glad to find most of our chinese friends make fun of #apacinamahu instead of cursing etc. We are well-matured.
— Dila Trevelyan-Grey (@LadyDicaprio) May 7, 2013
Laporan Utusan Malaysia dan reaksi di Twitter itu juga mendapat reaksi daripada Polis Diraja Malaysia
Hormat menghormati sesama kaum budaya kita. Show your respect to all Malaysian irrespective to their ethinicity. #ApaCinaMahu
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) May 7, 2013
Sementara itu, beberapa tagar lain juga menyusul muncul melibatkan kaum-kaum lain termasuk #ApaMelayuMahu yang kebanyakannya juga bernada jenaka.
#ApaMelayuMahu - henti dipancing meLEBURkan duit dalam MLM dgn ayat "kita kena tolong melayu"
— Effi Obefiend (@1Obefiend) May 7, 2013
Topic Berkaitan
#PDRM
#perkauman
#PRU-13
#PRU13
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan