awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video tular murid kejar kereta ibu di Seri Kembangan

Bernama
Bernama
22/08/2025
23:10 MYT
Polis siasat video tular murid kejar kereta ibu di Seri Kembangan
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya setelah tertinggal di hadapan sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan, Selangor. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya setelah tertinggal di hadapan sebuah sekolah rendah di Seri Kembangan, Selangor.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya sudah menerima laporan daripada ibu kanak-kanak berkenaan yang merupakan seorang suri rumah berumur 37 tahun.
Beliau berkata, kejadian dikatakan berlaku kira-kira 12 tengah hari 20 Ogos ketika suri rumah berkenaan mengambil pasangan anak kembarnya dari sekolah, namun, semasa membuat pusingan U wanita itu menyedari ketiadaan seorang daripada anaknya di dalam kereta.
"Pengadu terus memberhentikan kenderaan setelah melihat anak lelakinya mengejar kereta dari arah belakang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Muhamad Farid berkata, video berdurasi seminit berkenaan telah dimuat naik oleh satu akaun Facebook dengan kapsyen 'marah anak janganlah tergamak buat sampai macam tu sekali' dan telah mengundang pelbagai komen negatif daripada pengguna media sosial terhadap wanita itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Kes masih dalam siasatan. Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu siasatan," katanya.
- BERNAMA
TAG: polis, kejar, tular, sekolah, video, media sosial, Facebook
Topic Berkaitan
#murid kejar
#kejar kereta ibu
#pelajar sekolah rendah
#Seri Kembangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan