awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat video tular rusuhan di Butterworth

Bernama
Bernama
16/08/2025
01:20 MYT
Polis siasat video tular rusuhan di Butterworth
ACP Anuar Abdul Rahman mengingatkan orang ramai supaya tidak mensensasikan kejadian itu sehingga mengganggu ketenteraman awam.
BUTTERWORTH: Polis sedang menyiasat video tular memaparkan kejadian rusuhan membabitkan sekumpulan individu di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang dibuat di Balai Polis Butterworth berhubung insiden itu.
"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika pengadu cuba membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat kemalangan dan terbaring di atas jalan. Namun, suspek tiba-tiba bangun, menumbuk pengadu, sebelum mengajak beberapa orang awam bergaduh," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian dipercayai kerana suspek mendakwa terdengar perkataan jelik daripada individu tidak dikenali di lokasi kemalangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan polis sedang mengesan suspek terbabit.
Anuar turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mensensasikan kejadian itu sehingga mengganggu ketenteraman awam, selain menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi Sarjan Muhammad Adib Ikmal Sukri di talian 04-576 2222 sambungan 2275 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan
#Anuar Abdul Rahman
#polis
#Butterworth
#gaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan