awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan kuota penggajian pekerja asing mulai 19 Januari - KDN
Hujan lebat berterusan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan - MetMalaysia
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Taman Tasik Taiping
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sudah kenal pasti mangsa rentung di Lebuhraya Guthrie

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2022
05:05 MYT
Polis sudah kenal pasti mangsa rentung di Lebuhraya Guthrie
Pada Selasa, seorang pemandu dilaporkan rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan terbakar di KM 2, Lebuhraya GCE, di Shah Alam. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dikenal pasti sebagai mangsa rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mazda di Kilometer (KM) 2, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, bapa mangsa telah membuat pengecaman dan mengesahkan kereta dipandu mangsa adalah milik syarikat mereka.
"Identiti mangsa yang meninggal dunia akibat rentung dalam kejadian itu telah dikenal pasti, mangsa memandu kereta Mazda berwarna merah didaftarkan atas nama sebuah syarikat.
"Bapa mangsa mengesahkan kereta berkenaan hanya dipandu oleh anaknya yang merupakan pengurus jualan syarikat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Iqbal berkata, siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.
Pada Selasa, media melaporkan, seorang pemandu kereta rentung selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas dan terbakar di KM 2, Lebuhraya GCE, di sini.
Laporan kejadian itu diterima pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 1.35 pagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Guthrie
#rentung
#pengecaman
#kereta terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan