awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 83 individu terlibat sindiket penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
27/07/2022
21:45 MYT
Polis tahan 83 individu terlibat sindiket penipuan dalam talian
Mior Faridalathrash berkata individu terbabit terdiri daripada 59 lelaki dan 14 wanita tempatan serta 10 warga China termasuk seorang wanita berumur antara 17 hingga 54 tahun. -Gambar fail/Bernama
LUMUT: Polis menahan 83 individu selepas disyaki terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian menerusi beberapa serbuan di sekitar daerah Manjung Isnin lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata individu terbabit terdiri daripada 59 lelaki dan 14 wanita tempatan serta 10 warga China termasuk seorang wanita berumur antara 17 hingga 54 tahun.
"Modus operandi yang dilakukan oleh sindiket tersebut adalah dengan menawarkan penipuan tiket wayang yang disiarkan di Hong Kong dan menawarkan pekerjaan tidak wujud dengan tawaran gaji mencecah RM800 sehari.
"Sindiket ini dipercayai menjalankan beberapa jenis aktiviti penipuan dan menyasarkan mangsa di luar negara," katanya pada sidang media berkaitan kejayaan tangkapan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket ini telah beroperasi di lokasi tersebut selama dua bulan dengan menjadikan inap desa di kawasan itu sebagai pusat operasi panggilan dan penginapan pekerja termasuk yang baru direkrut.
"Siasatan awal turut mendapati sindiket ini memiliki beberapa kumpulan yang dipecah kepada beberapa pusat panggilan yang menjalankan penipuan dalam talian berlainan mengikut modus operandi diberikan.
"Kes disiasat di bawah kesalahan melakukan tipu di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan," katanya dan menambah kesemua yang ditahan telah direman tiga hari bermula semalam.
Mior Faridalathrash berkata dalam serbuan itu juga polis turut merampas antaranya dua kereta jenis Mercedes dan Perodua Myvi, telefon bimbit pelbagai jenis, komputer riba dan wang tunai yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM800,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#Mior Faridalathrash Wahid
#Sindiket penipuan dalam talian
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan