awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan anggota Pekida disyaki ugut tembak Dr Mahathir

Bernama
Bernama
04/06/2018
03:56 MYT
Polis tahan anggota Pekida disyaki ugut tembak Dr Mahathir
Mohd Fuzi berkata, suspek mendakwa akaun Facebooknya telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Polis menahan seorang anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) kerana disyaki membuat ugutan jenayah mahu berperang dan menembak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lelaki berumur 38 tahun itu ditahan di Jalan Beverly Heights, Ampang di sini pada kira-kira 4.40 pagi, Sabtu lalu dan direman sehingga 6 Jun bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki itu ditahan susulan aduan yang dibuat setiausaha Pekida Selangor pada 31 Mei lalu mengenai satu artikel di media sosial berkaitan ugutan itu.
"Bagaimanapun, suspek mendakwa akaun Facebooknya telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Fuzi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#Facebook
#jenayah
#Ketua Polis Negara
#Mahathir Mohamad
#media sosial
#Mohamad Fuzi Harun
#Pekida
#perang
#polis
#siasatan
#suspek
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan