NATIONAL
Polis tahan dua lelaki, selesai kes samun tujuh kedai serbaneka

Mohd Yusoff berkata dua lelaki berumur dalam lingkungan 20-an itu ditahan oleh sepasukan anggota semalam. - Gambar fail
KOTA BHARU: Polis berjaya menyelesaikan kes samun berkawan membabitkan tujuh kedai serbaneka di sekitar Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam, selepas menahan dua suspek di Jalan Sultanah Zainab semalam.
Ringkasan AI
- Polis berjaya menahan dua lelaki berumur 20-an yang terlibat dalam tujuh kes samun kedai serbaneka di Kota Bharu dalam tempoh kurang 72 jam.
- Polis merampas sepucuk pistol tiruan, dua motosikal, dan beberapa barangan peribadi yang dipercayai digunakan dalam kes samun.
- Suspek didapati negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Mereka dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk permohonan tahanan reman.
"Polis turut merampas sepucuk pistol tiruan Walther P99, dua motosikal dan beberapa barangan peribadi yang dipercayai digunakan semasa menyamun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Yusoff berkata ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk permohonan tahanan reman.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami