awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua suspek bantu siasatan kes tetak

Bernama
Bernama
18/05/2025
09:15 MYT
Polis tahan dua suspek bantu siasatan kes tetak
Polis menahan dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an beberapa jam selepas kejadian dan sedang mengesan seorang lagi suspek. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang mangsa parah selepas ditetak dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda, di sini pada Jumaat lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 41 tahun parah selepas ditetak oleh tiga suspek, termasuk seorang yang memakai topeng, ketika hendak masuk ke sebuah restoran di Jalan Raja Uda.
  • Polis menahan dua lelaki dalam lingkungan usia 30-an beberapa jam selepas kejadian dan sedang mengesan seorang lagi suspek.
  • Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat atau balai polis berdekatan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt C.Tharmalingam berkata dalam kejadian kira-kira 7.20 malam itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun bersama rakannya yang juga lelaki tiba di hadapan restoran untuk menjamu selera.
"Apabila mangsa membuka pintu keretanya untuk keluar dan masuk ke dalam restoran, tiba-tiba diserang seorang suspek yang memakai topeng dari arah belakang. ," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Mangsa cuba melarikan diri sebelum dilanggar oleh kereta dinaiki suspek dan terjatuh. Suspek bersama dua lagi rakannya kemudian menyerang mangsa menggunakan parang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tharmalingam berkata mangsa cuba mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum dihantar ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.
"Ekoran kejadian itu, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an beberapa jam selepas kejadian dan sedang mengesan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Irwan Shah ditalian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis berdekatan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes tetak
#pulau pinang
#video tular
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami