awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki hina Institusi Kesultanan Johor

Bernama
Bernama
27/09/2016
08:04 MYT
Polis tahan lelaki hina Institusi Kesultanan Johor
Suspek melakukan perbuatan itu menerusi satu akaun yang didaftarkan atas nama 'Shammeer Akhter' dan satu laporan polis dibuat terhadapnya di sini kira-kira pukul 1.03 petang semalam. -Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis semalam setelah didapati memuat naik kenyataan yang menghina Institusi Kesultanan Johor dalam laman sosial Facebook (FB).
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek melakukan perbuatan itu menerusi satu akaun yang didaftarkan atas nama 'Shammeer Akhter' dan satu laporan polis dibuat terhadapnya di sini kira-kira pukul 1.03 petang semalam.
"Pada hari yang sama, kira-kira pukul 10.30 malam di kawasan tempat letak kenderaan Pangsapuri Sri Inai, Jalan Pandah 22, Ampang Jaya di Selangor, polis berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai menjadi individu yang menggunakan akaun FB tersebut.
"Dia ditangkap bersama peranti-peranti berkaitan, dipercayai digunakan untuk memuat naik kenyataan itu," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan selepas pensabitan.
Sejak satu pasukan petugas khas ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini beberapa bulan yang lalu, lebih daripada 10 individu telah ditahan dan didakwa di mahkamah atas kesalahan sama. -Bernama
Topic Berkaitan
#hina Institusi Kesultanan Johor
#Pangsapuri Sri Inai
#Shammeer Akhter
#Wan Ahmad Najmuddin Mohd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan