Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia yang disyaki merosakkan patung di kuil Sri Maha Mariaman Kampung Dusun Bertam di sini, pagi ini.
Suspek berumur 25 tahun yang disyaki lari dari majikan itu ditahan berhampiran kuil berkenaan dan ujian urin menunjukkannya positif dadah. Dia juga disyaki kurang siuman.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, lelaki itu diberkas kira-kira jam 4.15 pagi dengan kerjasama orang ramai.
Menurutnya, ia ekoran laporan polis yang dibuat pengerusi kuil itu kira-kira jam 1.50 pagi, berikutan 15 patung dalam kuil berkenaan telah dirosakkan.
“Pihak polis turut merampas sebatang pemutar skru yang disyaki digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hong Shuan berkata, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 295, 427 dan 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.
“Polis DiRaja Malaysia ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis,” ujarnya.
Sementara itu, Exco kerajaan negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang melawat kuil itu menasihatkan agar semua pihak bertenang dan dapat mengawal suasana supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
“Alhamdulillah, penduduk sekitar telah memberi kerjasama yang baik bagi memastikan keadaan tenang dan harmoni serta tidak berlaku sebarang provokasi dan insiden yang tidak diingini.
“Saya menasihatkan agar menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan tanpa membuat sebarang andaian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, kerajaan negeri akan membincangkan hal ini dalam masa terdekat untuk membantu kerosakan dan kerugian yang ditanggung pihak pengurusan kuil.
“Kami sangat komited memastikan keharmonian kaum di negeri ini terpelihara dan menolak sebarang bentuk keganasan dan provokasi,” tegasnya.
Abdul Hadi Che Awang
Sat Aug 17 2019
Hasnul Zulkarnain (tiga dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada pihak pengurusan kuil berkenaan insiden tersebut. - Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Lebih sejam berdiri depan pagar MB Perak, ini penjelasan Hasnul
Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menjelaskan tindakannya berdiri lebih sejam depan pagar kediaman Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Kekalkan Mohamad Sabu tepat, imbangi kekuatan PH - Pemuda Amanah
Prestasi yang dipamerkan Mohamad mampu mengangkat nama parti Amanah untuk terus dipercayai rakyat, selain mengimbangi kekuatan dalam PH.
Kongres Maruah Melayu: Jangan pula lahirkan ekstremis bangsa dan agama
Walaupun tema Melayu akan menjadi kata kunci penting kongres, tetapi diharap ia tidak terpesong daripada matlamat asal sehingga terbentuk satu pemikiran ekstrem.
Polis tahan lelaki Indonesia rosakkan patung kuil
Suspek berumur 25 tahun itu ditahan berhampiran kuil berkenaan dan ujian urin menunjukkannya positif dadah.
Sebak saksi ujian dihadapi keluarga susah
Rombongan Pemuda Amanah yang menyertai program Ziarah Kasih Ramadan di sekitar Ipoh pada Sabtu, tidak mampu menahan sebak ketika melihat keadaan masyarakat yang menanggung ujian Allah.
Presiden Pafa didesak letak jawatan, Hasnul pula tak sedia berganjak
200 orang penyokong The Bos Gaurus yang berhimpun di hadapan Stadium Perak, di sini bagi mendesak Hasnul untuk meletakkan jawatan.
Perak tubuh jawatankuasa khas lantik ketua kampung, JKKK
Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata setiap parti perlu menghantar nama dua wakil untuk dipilih sebagai ketua kampung dan anggota JKKK.
Portfolio Exco Perak dijangka umum selewatnya Rabu ini
Menurut Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, seorang daripada Exco berkenaan, barisan Exco juga dijadualkan bermesyuarat buat pertama kali pada Rabu ini.