awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki pakai jubah wanita curi wang tabung surau

Aida Aziz
Aida Aziz
20/10/2020
12:58 MYT
Polis tahan lelaki pakai jubah wanita curi wang tabung surau
Lelaki itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau termasuk kes mencuri wang tabung sebuah masjid di Jelapang, Ipoh pada Ogos lalu.-Sinar Harian
BATU GAJAH:Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang terlibat dalam kes lelaki berpakaian jubah wanita dan mencuri wang dalam tabung Surau Al-Solehiah Kampung Tersusun Taman Tasek Permai, Batu Gajah, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata kejadian yang berlaku pada 16 Oktober itu disedari oleh seorang jemaah yang menemui beberapa keping pita pelekat yang diletakkan di atas meja.
"Susulan itu, pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di surau itu menunjukkan seorang individu berjubah hitam dan memakai pelitup muka sedang menjolok lubang tabung surau dengan menggunakan objek panjang untuk mencuri wang.
"Rakaman CCTV di luar surau kemudian menunjukkan lelaki itu memandu kereta jenis Perodua Viva berwarna putih.
"Sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah kemudian telah mengesan dan menangkap lelaki itu di Kampung Serdang Permai, Kampung Kepayang," katanya di sini, hari ini.
Katanya, antara barangan yang dirampas ialah sehelai jubah dan tudung berwarna hitam, seluar panjang dan beg sandang.
Menurut Ahmad Adnan, lelaki itu mempunyai tiga rekod kesalahan lampau termasuk kes mencuri wang tabung sebuah masjid di Jelapang, Ipoh pada Ogos lalu.
Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan lelaki itu direman empat hari bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#lelaki
#lelaki berjubah wanita
#CCTV
#Ipoh
#tabung surau
#Surau Al-Solehiah Kampung Tersusun
#jenayah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan