awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki serang guru sekolah memandu di Batu Pahat

Bernama
Bernama
13/08/2025
02:35 MYT
Polis tahan lelaki serang guru sekolah memandu di Batu Pahat
Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku pada 1.20 tengah hari semalam berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan cara pemanduan antara kedua-kedua mereka sebelum insiden itu.
BATU PAHAT: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menyerang seorang guru kelas memandu, di kawasan Taman Mutiara, Parit Sulong di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan di Parit Raja di sini, setelah pihaknya menerima laporan daripada mangsa lelaki berusia 56 tahun pada 7.24 malam.
Beliau berkata siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada 1.20 tengah hari semalam berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan cara pemanduan antara kedua-kedua mereka sebelum insiden itu.
"Suspek yang menunggang motosikal telah bertindak menahan kereta dipandu mangsa dan menumbuk cermin hadapan kereta tersebut hingga retak.
"Mangsa kemudian meneruskan perjalanan hingga ke Balai Polis Parit Sulong sambil diekori suspek, yang kemudian melepaskan tumbukan ketika mangsa turun dari kenderaan sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Sekyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengakibatkan kecederaan.
Terdahulu tular di Facebook video berdurasi 1 minit 47 saat memaparkan insiden seorang penunggang motosikal mengekori sebuah kereta dan bertindak menendang cermin kereta. Turut dipaparkan keadaan mangsa yang berlumuran darah di bahagain kepala dipercayai ditumbuk suspek.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#guru sekolah memandu
#serang
#tumbuk
#Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan