awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki terlibat dua kes samun bersenjata kurang dua jam selepas terima laporan

Bernama
Bernama
09/04/2025
03:00 MYT
Polis tahan lelaki terlibat dua kes samun bersenjata kurang dua jam selepas terima laporan
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam dua kejadian samun bersenjatakan parang dalam tempoh kurang dua jam selepas insiden itu dilaporkan, Jumaat lepas. - Gambar hiasan
KULAI: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam dua kejadian samun bersenjatakan parang dalam tempoh kurang dua jam selepas insiden itu dilaporkan, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, pada hari berkenaan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang wanita warga Indonesia disamun di kawasan belakang bangunan sebuah restoran di Jalan Seri Putra, di sini, kira-kira 8.26 pagi.
Beliau berkata, wanita berumur 52 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian lengan kiri akibat ditetak dengan senjata disyaki parang itu telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk menerima rawatan dan keadaannya stabil.
"Pada hari sama, kita turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 36 tahun mengenai kejadian samun bersenjatakan parang di Jalan Impian Senai Utama, Taman Impian Senai kira-kira 8.45 pagi.
"Susulan maklumat dan tindakan segera, anggota 'Task Force' dari Balai Polis Mutiara Rini berjaya menahan seorang lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai-Gelang Patah, kira-kira 10.05 pagi, " katanya dalam kenyataan.
Tan berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki berumur 40 tahun itu polis menemukan sejumlah barangan mencurigakan dalam beg galas yang dibawa dan siasatan mendapati suspek terlibat dalam dua kejadian samun yang dilaporkan pada 4 April di Kulai.
"Antara barangan yang dirampas ialah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR, beberapa beg tangan, beg galas, dompet, sejumlah telefon bimbit, kad pengenalan dan MyKid, satu pasport warga Indonesia, sebentuk cincin serta seutas gelang, sejumlah wang tunai serta kotak peralatan bertukang yang mengandungi pemotong besi, pemutar skru, gunting dan gergaji besi.
"Semakan mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, dan ujian saringan awal menunjukkan dia positif dadah jenis methamphetamine," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman hingga 11 April bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun bersenjata
#parang
#suspek
#warga Indonesia disamun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan