PASIR GUDANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan dan perbuatan khianat terhadap seorang pemandu lain, di persimpangan lampu isyarat di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, telah menangkap lelaki itu di kawasan Pasir Putih di sini, pada pukul 6.20 petang.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca apabila lelaki berusia 35 tahun itu, dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang telah memotong kenderaannya, kira-kira pukul 2.15 petang.
Tambah beliau, dia kemudiannya bertindak menghimpit dan melanggar belakang kereta mangsa, sebelum mereka kemudiannya berhenti di tepi jalan dan dia mengeluarkan sebatang besi lalu mengugut untuk memukul mangsa.
"Selain itu, kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebatang besi berukuran 60 sentimeter.
"Bagaimanapun, hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Sohaimi berkata lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Mohd Sohaimi berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan kerana memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa lesen, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Jaya di sini, petang semalam.
Beliau berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.10 petang dan pihaknya turut merampas kesemua barangan tersebut, yang dianggarkan bernilai RM8,000 dan dipercayai untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Mohd Sohaimi berkata antara yang dirampas ialah tiga guni mercun bola Thai, satu kotak mercun 'Happy Boom' Padi, satu kotak mercun 'Happy Boom Sunset Bar' dan satu kotak mercun 'Happy Boom Assorted Celebrations Cake.
"Bagaimanapun, hasil semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
"Lelaki itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, telah menangkap lelaki itu di kawasan Pasir Putih di sini, pada pukul 6.20 petang. -Gambar fail/Twitter Bernama
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Polis tahan lelaki ugut, khianat pemandu lain di lampu isyarat Pasir Gudang
Kejadian dipercayai berpunca apabila lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang telah memotong kenderaannya, kira-kira pukul 2.15 petang.