SHAH ALAM: Polis Selangor menahan sepasang suami isteri yang disyaki menjadi dalang kepada sindiket pemalsuan kad pengenalan, sijil kelahiran dan geran kenderaan di Petaling Jaya semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri ACP Azman Ali berkata penahanan pasangan warga tempatan berusia 58 tahun itu dilakukan pada 9 malam di sebuah restoran di Taman Dato Harun, Petaling Jaya setelah pemantauan dan pemerhatian dijalankan ke atas mereka.
"Susulan penahanan mereka, kami telah menjumpai dan merampas barangan antaranya dua keping kad pengenalan serta masing-masing satu keping kad pemastautin dan sijil kelahiran warganegara yang dipercayai palsu," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata soal siasat awal terhadap suspek telah membawa kepada rampasan beberapa barangan di sebuah rumah sekitar kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur antaranya lapan sijil kelahiran pelbagai nama dan 19 geran kenderaan bercetak pelbagai nombor kenderaan disyaki palsu.
"Pihak kami turut merampas tiga keping geran kenderaan dan 59 keping cukai jalan kenderaan kosong serta satu set komputer riba dan sebuah mesin pencetak," katanya.
Azman berkata hasil semakan mendapati suspek lelaki memiliki satu rekod jenayah di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang melibatkan pemalsuan.
Katanya kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini hingga 25 April depan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Polis Selangor menahan sepasang suami isteri yang disyaki menjadi dalang kepada sindiket pemalsuan kad pengenalan, sijil kelahiran dan geran kenderaan di Petaling Jaya semalam. - Gambar hiasan

Israel kembali serang Gaza, orang awam antara yang cedera
Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
Hanya Kelantan masih terjejas banjir
Hanya Kelantan masih terjejas banjir sehingga jam 7 pagi Jumaat dengan seramai 795 mangsa ditempatkan di 4 PPS yang masih aktif. 2 PPS terakhir di Terengganu ditutup pada Khamis malam.
[TERKINI] Sesi pengumuman khas 5G
Ikuti sesi pengumuman khas 5G oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang diadakan di Tun Razak Exchange, TRX, Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Digital ID: Kerajaan pastikan perlindungan data peribadi, keselamatan siber sentiasa terkawal
Pelaksanaan Identiti Digital Nasional atau Digital ID akan memastikan perlindungan data peribadi dan keselamatan siber sentiasa terkawal selain memudah cara perkhidmatan awam dan swasta.

Hujan berterusan di Terengganu, beberapa kawasan di Kelantan, Pahang hingga Ahad
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang mulai hari ini hingga Ahad. Menurut

Lima kampung di Johor dilanda banjir, 538 orang dipindahkan
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan lima kampung di daerah ini dilanda banjir dengan beberapa sungai berada pada paras bahaya dan waspada.

Dakwaan lebih 10 ekor kucing mati akibat direndam air panas tidak tepat - Polis
Dakwaan punca kematian lebih 10 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut, dekat sini akibat direndam dengan air panas, tidak tepat.

Pasha minta peminat cadang nama penyanyi baharu untuk kolaborasi
Agak-agak penyanyi wanita mana yang anda mahu lihat nyanyi bersama Ungu di konsert Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur?

Video tular pukul wanita, polis buka kertas siasatan tatatertib
Polis Diraja Malaysia Selangor telah membuka kertas siasatan tatatertib susulan video yang tular di media sosial, mendakwa seorang wanita dipukul anggota polis.

Polis rampas dadah bernilai RM12.8 juta, 14 individu ditahan
Polis menumpaskan dua sindiket memproses dadah dan lima kumpulan dipercayai mengedar dadah, hasil tujuh serbuan berasingan yang dijalankan pada 8 hingga 17 Sept lepas di sekitar Lembah Klang.

Selangor catat peningkatan kes keganasan rumah tangga sejak 2017
Selangor menjadi negeri tertinggi di Malaysia yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga dengan peningkatan jumlah kes terbabit dilaporkan bermula sejak 2017.

Tiga beranak ditemukan mati di kediaman mereka di Ampang
Tiga individu ditemukan mati di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang.

Polis sahkan terima laporan pembantu rumah didera bekas ahli politik
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kes pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera majikannya yang merupakan bekas ahli politik.

PRN Selangor: 74 permit kempen, ceramah diluluskan
Polis Selangor mengeluarkan sebanyak 74 permit seluruh negeri bagi mengadakan kempen serta ceramah Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat semalam.

Polis Selangor terima tiga laporan berhubung kumpulan The 1975
Polis menerima tiga laporan berhubung kelakuan dan kenyataan biadab kumpulan dari United Kingdom The 1975 di Festival Good Vibes 2023.

Polis terima dua laporan kematian kanak-kanak di HTAR
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang baru-baru ini.

Waspada pecah rumah musim raya
Meskipun kadar jenayah di Selangor mencatat penurunan sejak lima tahun lalu, ia tidak bermaksud kegiatan jenayah itu tidak berlaku.

Cuti Tahun Baharu Cina: Kenderaan di Lebuh Raya KL-Karak dijangka bertambah 71 peratus
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pertambahan 71 peratus jumlah kenderaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berbanding hari biasa sepanjang cuti perayaan sempena Tahun Baharu Cina Ahad ini.