awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan pasangan tendang lelaki dalam perbalahan isu tapak niaga

Sinar Harian
Sinar Harian
07/01/2022
22:20 MYT
Polis tahan pasangan tendang lelaki dalam perbalahan isu tapak niaga
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial. -Video tular
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu yang mencederakan seorang lelaki selepas terlibat dalam pertengkaran dalam kejadian di Taman OUG di ibu negara, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor, tindakan diambil susulan video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berumur 58 tahun mendakwa telah dicederakan oleh suspek apabila dia mengambil gambar tapak niaga milik suspek sebagai bukti bahawa berlaku ketidakpatuhan syarat lesen perniagaan.
"Suspek seorang lelaki berumur 53 tahun dikatakan telah mendirikan tapak niaga melebihi jumlah tapak yang dibenarkan oleh pihak DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
"Suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengambil gambar telah menyerang dan menendang mangsa di bahagian belakang badan," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Amihizam berkata, seorang lagi suspek lain iaitu seorang wanita berumur 48 tahun turut ditangkap bagi membantu siasatan.
Jelasnya, kedua-dua suspek dalam kes ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera.
"Mangsa telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Amihizam dalam pada itu menasihati orang awam agar tidak melakukan tindakan di luar kawalan yang boleh mendatangkan kecederaan dan ketakutan kepada mana-mana orang.
Topic Berkaitan
#tapak niaga
#OUG
#pasangan tendang peniaga
#Amihizam Abdul Shukor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan