KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan di kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, di Temerloh.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan semalam itu berusia antara 37 dan 47 serta dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan dengan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan pergaduhan dan merusuh.
"Polis kini sedang mengesan dua lagi suspek untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas Program "Kick-Off" Pencegahan Jenayah Gempur Dadah 2024 peringkat Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sagu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pemandu kereta Perodua Myvi iaitu warga emas berusia 75 tahun yang terbabit dalam nahas itu, turut ditahan dan diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Semalam Bernama melaporkan, polis mengesan sekumpulan lelaki yang terlibat dengan insiden tersebut selepas berlaku kemalangan yang mengakibatkan seorang remaja lelaki berusia 20 tahun maut di lokasi kejadian.
Mangsa yang bekerja di kedai besi buruk disahkan maut akibat parah di kepala dan kaki kanan selepas motosikalnya dipercayai melanggar sisi sebuah kereta Perodua Myvi yang dikatakan membuat pusingan U di laluan garisan berkembar.
Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian, manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian menimpa anggota polis itu.
Sementara itu, Yahaya berkata pihaknya menyasarkan untuk menghapuskan stigma yang mengaitkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dengan kawasan Felda di Pahang dalam tempoh lima tahun.
Bagi menjayakan objektif itu, beliau berkata pihaknya giat menjalankan program kesedaran dan pendidikan tentang bahaya dadah dari semasa ke semasa khususnya bagi golongan muda Felda kerana tangkapan melibatkan penyalahgunaan dadah dapat dilihat seawal usia 15 tahun.
"Sebelum ini, asal dengar tentang Felda pasti ia dikaitkan dengan ramai penagih, jadi kita hendak hapuskan stigma itu dengan memastikan Felda bebas dadah.
"Selain penduduk setempat, pendatang luar yang datang untuk bekerja juga dikesan melakukan aktiviti tidak sihat ini dan kebiasaannya dadah digunakan di kawasan Felda ialah syabu, ekstasi dan pil yaba," katanya.
Menurutnya tahun lepas kawasan Felda mencatatkan 236 tangkapan atau bersamaan 41 peratus daripada keseluruhan tangkapan bagi Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Polis berkata ketiga-tiga suspek dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan dengan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan pergaduhan dan merusuh. - Gambar hiasan
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah ditahan merusuh di Pantai Puteri
Seramai 23 lelaki termasuk 19 pelajar sekolah menengah ditahan kerana merusuh dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling pada 29 Mac lepas.
Polis tahan tiga lelaki disyaki merusuh di lokasi kemalangan di Temerloh
Polis berkata ketiga-tiga suspek dipercayai ahli keluarga mangsa kemalangan dengan ada antara mereka mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan pergaduhan dan merusuh.
Enam lelaki termasuk remaja bawah umur mengaku salah merusuh
Mahkamah menetapkan tarikh 7 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman.
12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.
Empat ditahan terlibat kekecohan antara penyokong Perak FC, Selangor FC
Kesemua yang ditahan, berumur antara 18 dan 26 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Empat ditahan bergaduh selepas mabuk
Polis menahan empat lelaki selepas dipercayai terlibat dalam satu insiden pergaduhan di luar sebuah premis berkonsep bistro di Jalan Kiambang 12 Indahpura di Kulai.
Polis buru 20 lelaki merusuh di Sri Petaling, Isnin lepas
Polis sedang mengesan 20 lelaki terbabit dalam pergaduhan dan merosakkan kenderaan awam di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, pada awal pagi, Isnin lalu.
Insiden tahanan lolos dari depot Imigresen sejak 1999
Berikut adalah antara insiden tahanan lolos dari depot Imigresen dalam negara sejak tahun 1999.
Empat penarik kereta didenda RM3,000 kerana merusuh atas lebuh raya
Majistret turut memerintahkan keempat-empat mereka dihukum penjara tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Setiausaha Wanita DAP Selangor, aktivis didakwa merusuh
Setiausaha Wanita DAP Selangor Nalina Nair Rama Krishnan didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan merusuh dan berkelakuan tidak senonoh.