awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat ditahan terlibat kekecohan antara penyokong Perak FC, Selangor FC

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
21/05/2023
02:15 MYT
Empat ditahan terlibat kekecohan antara penyokong Perak FC, Selangor FC
Insiden tumbuk-menumbuk antara penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Perak malam tadi berjaya dileraikan anggota pasukan keselamatan. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seramai empat lelaki warga tempatan ditahan susulan insiden kekecohan dalam kalangan penyokong ketika perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya berkata, kesemua yang ditahan, berumur antara 18 dan 26 tahun, akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Keadaan telah dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas di tempat kejadian.
"Seramai empat orang lelaki warga tempatan dalam lingkungan umur 18 hingga 26 tahun telah ditangkap kerana terlibat dalam kekecohan tersebut.
“Ujian saringan air kencing ke atas salah seorang tangkapan mendapati positif dadah jenis TFC (ganja).
“Kesemua yang ditangkap dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan tahanan reman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu katanya, pihak polis juga sedang mengesan individu-individu lain yang turut terlibat dalam kekecohan tersebut.
Justeru, Yahaya meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian itu untuk segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, ASP Chua di talian 012-6195312, bagi membantu siasatan.
Semalam, media melaporkan berlaku kekecohan antara penyokong Perak FC dan Selangor FC ketika perlawanan berlangsung membabitkan dua pasukan itu.
Insiden tumbuk-menumbuk antara penyokong itu turut dirakam beberapa pengguna media sosial dan video berkenaan tular di laman Twitter, Facebook dan WhatsApp sejak malam tadi.
Topic Berkaitan
#kekecohan
#merusuh
#Stadium Perak
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan