awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak mati empat penjenayah di tempat letak kereta kondominium di Cyberjaya

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2019
09:43 MYT
Polis tembak mati empat penjenayah di tempat letak kereta kondominium di Cyberjaya
Pemeriksaan ke atas kenderaan yang disamun menemui barangan dipercayai hasil kegiatan kumpulan berkenaan termasuk mata wang pelbagai negara. - Foto Astro AWANI
Polis menembak mati empat penjenayah di kawasan tempat letak kereta di sebuah kondominium di Cyberjaya kira-kira jam 11 pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata polis pada mulanya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang disamun empat lelaki bertopeng di rumahnya di Taman Segar Perdana, Cheras pada jam 7.33 pagi.
Selepas menyamun wang tunai dan barang berharga wanita terbabit, mereka kemudiannya melarikan sebuah kereta Mercedes warna hitam.
Selepas melakukan siasatan, polis telah melancarkan gerakan memburu suspek.
Polis kemudiannya berjaya mengesan kereta Mercedez berkenaan di kawasan letak kereta kondominium terbabit.
Pasukan polis kemudian memperkenalkan diri dan cuba menahan suspek, namun seorang suspek lelaki telah keluar dari sebuah kereta Volkswagen yang berada di tepi Mercedez berkenaan dan menyerang anggota polis dengan parang.
Polis berjaya menembak mati empat suspek warga tempatan berkenaan. - Foto Astro AWANI
Polis berjaya menembak mati empat suspek warga tempatan berkenaan. - Foto Astro AWANI
Dalam masa yang sama beberapa das tembakan telah dilepaskan oleh suspek yang berada di dalam kereta Mercedez ke arah polis.
Pihak polis telah membalas tembakan dan berjaya menembak mati empat suspek warga tempatan berkenaan.
Pemeriksaan ke atas kenderaan yang disamun menemui barangan dipercayai hasil kegiatan kumpulan berkenaan termasuk mata wang pelbagai negara .
Topic Berkaitan
#Cheras
#Cyberjaya
#Datuk Noor Azam Jamaluddin
#Ketua Polis Selangor
#lelaki
#mati
#Mercedes
#polis
#siasatan
#suspek
#suspek samun
#tembak
#tembakan
#Volkswagen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan