Sebanyak 124 laporan polis dibuat terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering, dalam ceramah politiknya baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang SAC Othman Nanyan berkata sehingga pukul 3 petang ini sebanyak 121 laporan polis telah dibuat di negeri ini, manakala tiga lagi laporan dibuat dari luar.
"Laporan polis terhadap dakwaan itu mula diterima pada 14 Januari di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran daripada jumlah itu sebanyak 30 laporan dibuat di daerah Maran, Bentong (24 laporan), Pekan (18), dan Kuantan (17).
Manakala di Temerloh sebanyak 12 laporan telah diterima, Raub (11), Jerantut (lima), Lipis (dua) dan masing-masing satu di Rompin dan Cameron Highlands," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Katanya, tiga laporan berhubung dakwaan berkenaan turut diterima dari luar Pahang iaitu Shah Alam, Petaling Jaya dan Brickfields.
Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
BACA: Sultan Pahang dalam keadaan sihat - Adnan Yaakob
Mahfuz juga katanya, telah hadir di IPK Kedah bagi memberi keterangan berhubung perbuatan itu dan rakaman percakapannya telah dibuat pada 10.30 pagi hingga 12.45 tengah hari tadi.
Dalam pada itu, polis katanya telah menghantar permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia semalam bagi mengenal pasti pemilik akaun media sosial yang menggunakan nama Rafie Awg Kecik.
Sementara itu di Pekan laporan polis terhadap Mahfuz turut dilakukan oleh Persatuan Ketua-Ketua Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya bersama Ketua Kampung Daerah Pekan, Persatuan Pesara-Pesara Polis Daerah Pekan dan Persatuan Pesara-Pesara Tentera Daerah Pekan.
Selain itu Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Daerah Pekan, Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Pekan, Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) dan Persatuan Permuafakatan Masyarakat Orang Asli Parlimen Pekan turut melakukan perkara yang sama.
Pengerusi Persatuan Ketua-Ketua Kampung DUN Peramu Jaya, Mohd Yusoff Mohd Idrus berkata, tindakan Mahfuz menyelitkan Sultan Pahang sebagai bahan jenaka di dalam ucapan politiknya adalah sesuatu yang melampau.
"Sebagai rakyat di negeri ini, apatah lagi berasal dari bandar diraja, kami sangat marah dan rasa terhina dengan keterlanjurannya itu. Kami mahu Mahfuz membuat permohonan maaf secara terbuka (secara langsung)...bukan hanya melalui kenyataan di media sosial sahaja.
"Jika sesuatu permohonan itu dibuat secara langsung, kita dapat lihat kejujuran serta dan keihklasannya dan selagi dia tidak melakukannya (maaf) secara terbuka, kami anggap dia tidak ikhlas...perkara ini juga patut dijadikan pengajaran, fikir dahulu sebelum bercakap. Jangan ingat insititusi diraja boleh dipermainkan," katanya.
BACA: Persenda Sultan Pahang: Tengku Abdullah terguris dengan kenyataan Mahfuz
Semalam, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menzahirkan rasa dukacita serta tersinggung dengan tindakan Mahfuz yang memperlekehkan ayahanda baginda dan menganggap Mahfuz melanggar ketertiban seorang Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
Tujuh NGO dalam Parlimen Pekan berhimpun bersama-sama dengan pelbagai sepanduk untuk menyatakan pendirian selepas membuat laporan polis di IPD Pekan terhadap Mahfuz hari ini, 18 Jan, 2018. --fotoBERNAMA
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Stoking tertera kalimah Allah: Pemilik akaun FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
Individu berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan di kawasan Cheras semalam dan direman selama empat hari hingga Ahad ini.
Hina institusi diraja: Dua pengendali Facebook dan TikTok ditahan
Dua individu tersebut masing-masing ditahan pada Khamis dan Jumaat di Gombak, Selangor dan Balik Pulau, Pulau Pinang.
Dua lelaki ditahan hina institusi Diraja Johor, Sultan Selangor
Kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan secara berasingan kerana membuat naik hantaran yang cenderung menghasut.
Polis tahan lelaki disyaki hina Institusi Diraja Malaysia
Suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah, pada Rabu.
Polis Johor terima 16 laporan penceramah hina institusi beraja
Laporan berkenaan dibuat susulan kenyataan dibuat menerusi sebuah video berdurasi 31 saat yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.
Umat Islam wajib pelihara maruah, kesucian agama
Individu yang terlibat bukan sahaja berdepan dengan kemarahan umat Islam, malah mendapat kemurkaan ALLAH SWT.
Henti hina agama Islam - Idris Ahmad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap Islam.
Hina Nabi Muhammad: Pakistan desak Perhimpunan Agung PBB ambil perhatian
Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk "perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota.
Hina Nabi Muhammad: ABIM tuntut kerajaan India mohon maaf secara rasmi
ABIM menuntut Kerajaan India membuat permohonan maaf secara rasmi kepada umat Islam seluruh dunia susulan kenyataan menghina Nabi Muhammad.