awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima dua laporan berhubung penganiayaan kucing

Bernama
Bernama
10/05/2025
04:45 MYT
Polis terima dua laporan berhubung penganiayaan kucing
Insiden itu mendapat perhatian meluas di media sosial dan mengundang reaksi daripada orang ramai serta pencinta haiwan.
GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima dua laporan polis berhubung dakwaan penganiayaan terhadap seekor kucing di Medan Selera Pasar Lebuh Cecil di sini yang turut tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata polis menerima laporan pertama dibuat seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada 4.05 petang Khamis, yang mendakwa melihat seorang peniaga makanan mencekik seekor kucing pada 8 pagi hari yang sama.
''Susulan laporan polis dan dakwaan tersebut, seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun yang juga peniaga makanan di lokasi tersebut turut tampil membuat laporan polis semalam bagi menafikan tuduhan dilemparkan terhadapnya,'' katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak polis telah menjalankan siasatan awal dan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA) kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tindakan lanjut.
Terdahulu tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa seorang peniaga di Medan Selera Pasar Lebuh Cecil telah bertindak mengasari kucing dengan mencekik haiwan itu.
Insiden itu mendapat perhatian meluas di media sosial dan mengundang reaksi daripada orang ramai serta pencinta haiwan yang menggesa siasatan oleh pihak berkuasa dijalankan terhadap kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penganiayaan kucing
#Medan Selera Pasar Lebuh Cecil
#Tular
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami