KUALA LUMPUR: Polis menerima empat laporan berhubung modus operandi terkini penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang, pada 13 hingga 15 Jun lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, satu pesanan ringkas turut tular melalui aplikasi Whatsapp berhubung kejadian tersebut.
"Siasatan awal kes tersebut mendapati, seorang wanita tempatan telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali yang mendakwa telah menahan anaknya dan meminta wang tebusan.
"Wanita itu dengan segera bertindak memeriksa keadaan anaknya dan mendapati anaknya
dalam keadaan selamat.
"Wanita itu serta-merta memutuskan panggilan dengan suspek tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Amihizam berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan iaitu Cubaan Penipuan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes tersebut.
"Jangan mudah percaya dengan sebarang panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali serta buat semakan dengan menghubungi pihak sekolah atau dapatkan pengesahan guru sekolah sekirannya anda mengalami situasi tersebut.
"Hubungi balai terdekat sekirannya anda mengalami masalah dan berhadapan dengan situasi ini serta jangan mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu yang tidak dikenali.
"Buat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," jelas beliau.
Amihizam berkata, orang ramai juga boleh melaporkan kepada National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika mempunyai maklumat berkenaan sindiket penipuan.
"Sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," ujarnya.
Astro Awani
Wed Jun 21 2023
![Polis terima empat laporan penipuan culik murid sekolah sekitar Lembah Klang Polis terima empat laporan penipuan culik murid sekolah sekitar Lembah Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672214176_LogoPDRM.jpg)
Polis menerima empat laporan berhubung modus operandi terkini penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang, pada 13 hingga 15 Jun lalu.
![Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722060245_baranganantikGale.jpg)
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
![Polis nafi kes culik murid di sekolah Felda Pasak Polis nafi kes culik murid di sekolah Felda Pasak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711524033_TBFeldaPasakjpg.jpg)
Polis nafi kes culik murid di sekolah Felda Pasak
Hasil siasatan yang dijalankan didapati tiada sebarang kejadian culik yang dinyatakan di Felda tersebut.
![Polis terima empat laporan penipuan culik murid sekolah sekitar Lembah Klang Polis terima empat laporan penipuan culik murid sekolah sekitar Lembah Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672214176_LogoPDRM.jpg)
Polis terima empat laporan penipuan culik murid sekolah sekitar Lembah Klang
Polis terima laporan berhubung modus operandi terkini penipuan penculikan melibatkan murid sekolah di sekitar Lembah Klang.