awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima makluman hasrat penganjuran perhimpunan di ibu negara Sabtu ini

Bernama
Bernama
21/05/2025
16:07 MYT
Polis terima makluman hasrat penganjuran perhimpunan di ibu negara Sabtu ini
Pihak polis berkata, penganjur perhimpunan itu telah memberikan makluman berkenaan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
KUALA LUMPUR: Polis telah menerima makluman mengenai hasrat sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan satu perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penganjur perhimpunan itu telah memberikan makluman berkenaan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Pihak polis mengambil maklum pemakluman perhimpunan ini dan masih dalam proses perbincangan dengan pihak penganjur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan sekretariat gabungan NGO Malaysia menyasarkan lebih 15,000 orang bakal menyertai Himpunan Melayu Berdaulat yang akan diadakan di pekarangan Kompleks Sogo, di sini.
Turut dilaporkan himpunan itu dijadualkan bermula 2.30 petang dan bertujuan menyuarakan kepentingan orang Melayu-Islam yang didakwa semakin terhakis.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#perhimpunan
#Sogo
#NGO
#Himpunan Melayu Berdaulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan