awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima serpihan telefon bimbit insiden letupan Thailand - KPN

Bernama
Bernama
14/08/2016
00:17 MYT
Polis terima serpihan telefon bimbit insiden letupan Thailand - KPN
Menurut Tan Sri Khalid, menerima serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima serpihan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket daripada pihak berkuasa Thailand.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), petang Sabtu.
"Kami sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa negara itu (Thailand) dalam membantu siasatan insiden berkenaan," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini, malam tadi.
Bernama semalam melaporkan sumber keselamatan Thailand berkata terdapat nombor siri SKMM pada telefon bimbit itu dan penyiasat Thailand meminta kerjasama Malaysia untuk mengenal pasti asal usul telefon berkenaan.
Serpihan telefon bimbit itu yang mengandungi nombor siri merupakan bukti penting dalam siasatan pihak berkuasa negara ini bagi mengenal pasti dan menjejaki pelaku yang bertanggungjawab terhadap kejadian letupan bom itu, kata sumber itu.
Dalam siri kejadian letupan bom di wilayah-wilayah selatan Thailand, telefon bimbit dijadikan alat untuk mengaktifkan bom-bom buatan sendiri (IED) itu.
Dua butir bom buatan sendiri meletup di pulau peranginan terkenal Phuket semalam, setiap satu di Patong dan Kathu pada 7.45 pagi (waktu tempatan) dan 8.45 pagi tetapi hanya menyebabkan seorang cedera ringan.
Topic Berkaitan
#IED
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#Letupan bom Thailand
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan