KUALA LUMPUR: Polis mempertingkatkan tahap kawalan sempadan negara bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terus terjamin susulan ancaman jenayah rentas sempadan yang dilihat semakin kompleks.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah mengatur gerak kesemua elemen-eleman di bawahnya bagi tujuan itu.
Beliau berkata ia bukan sahaja tertumpu ke arah menjaga keselamatan di darat, bahkan turut meliputi ruang udara dan perairan negara.
"Selain itu, JKDNKA juga telah melancarkan pelbagai operasi bersepadu dengan mengatur gerak aset milik pasukan seperti kereta perisai, Unit Berkuda serta pemantauan udara menggunakan helikopter dan dron di kawasan sempadan negara," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan KPN anjuran JKDNKA di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Sementara itu Razarudin berkata 6,476 kes dilaporkan kepada JKDNKA bagi tempoh Januari hingga September lepas melibatkan 4,356 tangkapan, di samping rampasan pelbagai barangan dengan nilai keseluruhan RM789.99 juta.
"Antara kejayaan dikecapi adalah daripada Cawangan Wildlife Crime Bureau/ Perisikan Siasatan Khas, yang membuat tangkapan dan rampasan terhadap pelbagai barangan makanan sejuk beku dianggarkan bernilai RM21 juta.
"Selain itu Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) berjaya melaksanakan 28 serbuan dan merampas pelbagai barangan bernilai RM37.3 juta," katanya.
Melalui Op Kontraban pula katanya 64 individu ditahan, melibatkan 110 kes rampasan rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM37.1 juta, manakala Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am pula merampas 495 kilogram dadah disyaki jenis syabu dianggarkan bernilai RM17.8 juta.
Menyentuh mengenai intergriti pegawai dan anggota polis, Razarudin berkata masyarakat pada masa kini meletakkan satu standard tinggi dengan menuntut perkhidmatan kepolisan yang berkualiti.
"Saya ingin menarik perhatian hadirin berhubung Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
"Semua Ketua Jabatan, Pegawai Pemerintah dan Penyelia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyeliaan dan pemantauan terhadap pegawai serta anggota polis di bawah seliaan masing-masing tanpa pilih kasih atau berat sebelah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023
Razarudin berkata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah mengatur gerak kesemua elemen-eleman di bawahnya bagi tujuan itu. - Gambar fail/Bernama
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.
Polis tingkat keselamatan sempadan negara tangani jenayah kian kompleks - KPN
Polis mempertingkatkan tahap kawalan sempadan negara bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terus terjamin.
Kawalan sempadan: KDN teroka teknologi baharu, kecerdasan buatan - Saifuddin
KDN sedang meneroka penggunaan teknologi baharu serta inovasi termasuk penggunaan dron dan kecerdasan buatan (AI) dalam penugasan pihak berkuasa mengawal sempadan negara.
Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai - Hamzah
Teras yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi-agensi di bawahnya.
Keputusan lanjutan PKPB di Kuching ditentukan Ahad ini - Masing
Keputusan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuching hanya akan ditentukan menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad.
Kekang PATI: Kawalan sempadan negara terus diperketat, diperhebat - Ismail Sabri
Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemantaun bagi mengawal sempadan termasuk lorong tikus terus diperhebatkan dan diperketatkan.
COVID-19: Benarkah sempadan negara poros?
Wilayah maritim Malaysia adalah lebih luas daripada wilayah daratnya, juga boleh menyebabkan kesukaran dalam mengurus dan mengawasinya.