awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tingkat pemantauan di 'Pantai Miami' elak orang berhenti bergambar

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
26/05/2020
04:04 MYT
Polis tingkat pemantauan di 'Pantai Miami' elak orang berhenti bergambar
Kawasan Jambatan Angkat di 'Pantai Miami' menjadi tumpuan orang ramai bergambar sebelum ini, namun aktiviti itu tidak dibenarkan ketika PKPB. Gambar fail/ Bernama
Polis Terengganu meningkatkan kawalan dan pemantauan di lokasi tumpuan ramai termasuk di pantai dan pusat rekreasi di sekitar Kuala Terengganu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Langkah ini berikutan peningkatan kehadiran orang ramai ke kawasan terbabit terutama di Pantai Seberang Takir atau lebih dikenali sebagai 'Pantai Miami' untuk bergambar pada hari raya pertama.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, seramai 30 pegawai dan anggota kini ditugaskan memantau sepanjang laluan dari Pantai Miami sehingga ke Tok Jembal, Kuala Nerus.
"Prosedur operasi standard (SOP) PKPB memang memberi sedikit kelonggaran kepada orang ramai menyambut Aidilfitri bersama keluarga, tetapi tidak membenarkan mereka berkumpul di pantai atau taman rekreasi bagi mengelak perhimpunan demi memutuskan rantaian COVID-19.
"Jadi, kita terpaksa ambil tindakan tegas. Saya nasihatkan orang ramai yang melalui jalan persisir pantai Seberang Takir supaya tidak berhenti di kawasan itu.
"Jika masih berdegil, kita akan mengenakan kompaun terhadap mereka," katanya di sini pada Selasa.
Mengulas mengenai perkembangan semasa di kawasan itu, Abdul Rahim berkata, pemantauan pada hari raya kedua mendapati bilangan orang ramai yang berhenti di kawasan itu turun mendadak selepas tindakan diambil pihaknya.
Katanya, polis akan meneruskan rondaan berkala dan kawalan statik di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Arahan
#bergambar
#hari raya
#Kuala Terengganu
#melepak
#pantai miami
#PKPB
#sambutan
#tidak mematuhi
#tindakan undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan