awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tingkatkan pemantauan kegiatan lumba haram, konvoi motosikal

Bernama
Bernama
12/06/2020
03:22 MYT
Polis tingkatkan pemantauan kegiatan lumba haram, konvoi motosikal
Polis Trafik mengeluarkan saman ke atas penunggang motosikal yang melakukan kesalahkan jalan raya pada Op Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, 30 Mei, 2020. --fotoBERNAMA/Fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan pemantauan terhadap sebarang kegiatan lumba haram dan aktiviti konvoi bermotosikal, sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) JSPT akan membuat pemantauan terhadap aktiviti itu, termasuk membendung kegiatan samseng jalanan.
Beliau berkata, tindakan undang-undang adalah seperti biasa dan tiada perbezaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Jika melakukan kesalahan seperti memandu dalam keadaan laju, melulu, dan bahaya serta mabuk, mereka ini akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya.
“Skuad 42 JSPT sentiasa dalam keadaan bersedia termasuk meningkatkan lagi Op Mabuk,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai aktiviti konvoi motosikal yang kini dibenarkan sepanjang PKPP.
Azisman berkata, setakat ini tiada laporan lumba haram dan aktiviti konvoi motosikal dalam jumlah besar diterima pihaknya, namun polis sentiasa memantau dengan mengadakan sekatan jalan raya khas, dari semasa ke semasa.
Ahad lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat digantikan dengan PKPP mulai 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
PKPP antara lain membenarkan pergerakan rentas negeri dan aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal.
Mengenai keadaan trafik susulan kebenaran merentas negeri Azisman berkata, JSPT menjangkakan jumlah kenderaan akan bertambah pada hujung minggu ini dan menasihatkan orang ramai untuk mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azisman Alias
#bahaya
#Bukit Aman
#konvoi
#laju
#lumba haram
#mabuk
#mahkamah
#motosikal
#operasi
#PKP
#PKPP
#polis
#rentas negeri
#saman
#samseng jalanan
#siasatan
#trafik
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan