JOHOR BAHRU: Memotong barisan dan memandu kenderaan melebihi had kelajuan merupakan antara kesalahan tertinggi yang direkodkan di Johor sepanjang sembilan hari Op Selamat dijalankan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor DSP Khairul Azhar Ismail berkata sebanyak 23,434 saman bagi kesalahan memandu melebihi had kelajuan dan 1,432 saman kerana memotong barisan telah dikeluarkan setakat semalam.
Beliau berkata sebanyak 677 saman turut dikeluarkan bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan 307 saman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
"Bagi kesalahan memotong di garisan putih berkembar, sebanyak 304 saman dikeluarkan manakala bagi kesalahan menggunakan lorong kecemasan pula hanya lima saman dikeluarkan setakat ini.
"Kesemua saman dikeluarkan sejak Op Selamat dimulakan dari 29 April hingga semalam dan akan ada statistik keseluruhan setelah Op Selamat tamat pada hari ini," katanya kepada pemberita di Plaza Tol Skudai hari ini.
Khairul Azhar juga berkata sebanyak 2,110 kes kemalangan direkodkan di Johor dengan 18 daripadanya merupakan kemalangan maut.
"Daripada 18 kes itu, 14 melibatkan penunggang motosikal manakala empat lagi pemandu dan penumpang kereta.
"Terdapat juga 21 kes melibatkan kecederaan parah dan 26 kes cedera ringan serta 2,045 kes bagi kerosakan kenderaan," katanya sambil menambah kebanyakan kemalangan berlaku di kawasan jalan raya antara daerah.
Beliau berkata aliran trafik hari ini dilihat masih terkawal dan hanya beberapa kawasan mengalami aliran trafik perlahan.
Terdahulu, Tinjauan Bernama mendapati aliran trafik di beberapa lebuh raya setakat petang tadi tidak sesak dan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022
Sebanyak 23,434 saman bagi kesalahan memandu melebihi had kelajuan dan 1,432 saman kerana memotong barisan telah dikeluarkan setakat semalam. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Potong barisan, pandu lebih had laju antara kesalahan tertinggi di Johor
Sebanyak 23,434 saman bagi kesalahan memandu melebihi had kelajuan dan 1,432 saman kerana memotong barisan telah dikeluarkan setakat semalam.