awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPIM gesa Kementerian Kewangan kaji semula pemberian lesen kepada pusat judi

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
26/05/2015
10:31 MYT
PPIM gesa Kementerian Kewangan kaji semula pemberian lesen kepada pusat judi
PPIM mahu bilangan pusat judi di sesebuah kawasan itu turut dikaji kerana ada di kawasan-kawasan tertentu mempunyai terlalu banyak premis perjudian, khususnya di kawasan penempatan orang Islam - Foto Astro AWANI
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Kementerian Kewangan mengkaji semula pemberian lesen kepada pusat-pusat perjudian.
Ia berikutan persatuan itu menerima banyak aduan mengenai percambahan pusat-pusat perjudian di kawasan mereka sejak dua bulan lalu.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, apa yang membimbangkan adalah masih terdapat umat Islam aktif berjudi, walaupun perbuatan tersebut jelas haram di sisi Islam serta undang-undang.
Menurutnya, PPIM mahu bilangan pusat judi di sesebuah kawasan itu turut dikaji kerana ada di kawasan-kawasan tertentu mempunyai terlalu banyak premis perjudian, khususnya di kawasan penempatan orang Islam.
“Kita terima banyak aduan sejak dua bulan kebelakangan ini dari orang awam yang mengatakan banyak pusat judi berlesen dibuka di kawasan mereka dan kebanyakan yang mengunjunginya adalah orang Islam.
“Dalam pemerhatian kami, di Bangsar sahaja ada lima pusat judi. Kenapa perlu sebanyak itu? Saya berpendapat Kementerian Kewangan perlu mengkaji semula pemberian lesen judi ini,” katanya dalam satu sidang media pada Selasa.
Nadzim turut menyeru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Islam Negeri (JAIN) serta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajar bagi menangani isu itu.
“Jika dibiarkan perkara ini berlarutan, ia akan memberi kesan masyarakat Islam sendiri,” katanya.
Topic Berkaitan
#JAIN
#JAKIM
#Nadzim Johan
#Persatuan Pengguna Islam Malaysia
#PPIM. Pusat judi berlesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan